Zikir-Zikir Pagi dan Petang

Doa dan zikir sahih daripada Nabi ﷺ untuk perlindungan rohani
-Ayat Al-Kursi dibaca pada waktu pagi dan petang hari.

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.

-Surah Al-Ikhlās, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nās dibaca sebanyak tiga kali di waktu pagi dan petang.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

قرأت سورة الْفَلَقِ

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

قرأت سورة النَّاسِ

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

-Kami hayati pagi kami, dan di pagi ini kekuasaan adalah milik Allah (pada waktu petang dibaca dengan lafaz: "Amsainā wa amsal mulku lillahi…"). Segala puji bagi Allah. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Maha Esa serta tiada sekutu bagiNya. Hanya bagiNya segala kekuasaan, hanya bagiNya segala pujian, dan Dia jualah Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Ya Tuhanku, aku memohon kepadaMu kebaikan apa yang ada pada hari ini dan kebaikan apa yang ada selepasnya. Aku berlindung denganMu daripada kejahatan apa yang ada pada hari ini dan kejahatan apa yang ada selepasnya. Wahai Tuhanku, aku berlindung denganMu daripada sifat malas dan menjadi terlalu tua renta. Wahai Tuhanku, aku berlindung denganMu daripada azab api neraka dan azab kubur.

وَالْـحَمْــــدُ للهِ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْـــدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الـْمُلْكُ وَلَهُ الْـحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، رَبِّ أَسْأَلُكَ خَيْرَ مَا فِي هَذَا الْيَومِ وَخَيْرَ مَا بَعْدَهُ، وَأعوذ بِكَ من شَرِّ مَا فِي هَذَا الْيَومِ وَشَرِّ مَا بَعْدَهُ، رَبِّ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْكَسَلِ، وَسُوءِ الْكِبَرِ، رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مَنْ عَذَابٍ فِي النَّار وَعَذَابٍ فِي الْقَبْرِ".

-Ya Allah, denganMu kami hayati waktu pagi kami, denganMu kami hayati waktu petang kami, denganMu kami hidup, denganMu kami mati, dan kepadaMu kami akan dibangkitkan kembali.

Apabila waktu petang dibaca dengan lafaz:

-Ya Allah, sesungguhnya pada pagi ini (pada waktu petang dibaca dengan lafaz: “Allahumma inni amsaitu…”) aku mempersaksikan kepadaMu dan aku mempersaksikan kepada para malaikat yang memikul ArasyMu, sekalian malaikat dan semua makhluMu bahawa sesungguhnya Engkau adalah Allah tiidak ada tuhan yang berhak disembah melaikan Engkau yang Maha Esa serta tidak ada sekutu bagiMu dan sesungguhnya Nabi Muhammad adalah hambaMu dan rasulMu.

Ada dinyatakan dalam hadis (mengenai fadilat zikir ini) bahawa sesiapa yang membacanya sebanyak 4 kali ketika dia berada di waktu subuh atau pun di waktu petang, nescaya Allah akan membebaskan dirinya daripada api neraka.

-Ya Allah, segala nikmat yang aku perolehi pada pagi ini (pada waktu petang dibaca dengan lafaz: “Allahumma mā amsā bi…”) atau segala yang diperolehi oleh setiap sesuatu daripada makhlukMu pada pagi ini adalah daripadaMu yang Maha Esa serta tidak ada sekutu bagiMu, maka bagiMu jualah segala pujian, dan bagiMu jualah segala kesyukuran.

Ada dinyatakan dalam hadis (mengenai fadilat zikir ini) bahawa sesiapa yang membacanya ketika dia berada di waktu subuh, maka sesungguhnya dia telah menunaikan kewajipan bersyukur pada siang harinya. Manakala sesiapa yang membacanya ketika dia berada di waktu petang, maka sesungguhnya dia telah menunaikan kewajipan bersyukur pada malam harinya.

-Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku. Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Engkau telah menciptakanku, dan aku pula adalah hambaMu. Aku tetap di atas perintahMu dan perjanjianMu sekadar keupayaanku. Aku berlindung denganMu daripada segala kejahatan yang telah aku lakukan. Aku mengakui nikmatMu ke atasku adalah milikMu, dan aku mengaku akan dosaku, maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan segala dosa melainkan Engkau.

-Ya Allah, kurniakanlah kesihatan pada badanku. Ya Allah, kurniakanlah kesihatan pada pendengaranku. Ya Allah, kurniakanlah kesihatan pada penglihatanku. Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada kekufuran dan kefakiran. Aku berlindung denganMu daripada azab kubur. Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. (Diulang sebanyak 3 Kali)

"اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الكُفْرِ والْفَقْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ"

-Cukuplah Allah bagiku (sebagai pelindung). Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakkal, dan Dia adalah Tuhan yang menguasai Arasy yang agung.

Ada dinyatakan dalam hadis (mengenai fadilat zikir ini) bahawa sesiapa yang membacanya sebanyak 7 kali ketika dia berada di waktu pagi dan demikian juga di waktu petang, nescaya Allah Azzawajalla akan melindunginya daripada segala hal yang merunsingkan dirinya daripada urusan dunia dan akhirat.

-Ya Allah, aku memohon kepadaMu kemaafan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Ya Allah, aku memohon kepadaMu kemaafan dan kesejahteraan pada agamaku, duniaku, keluargaku dan hartaku. Ya Allah, tutupkanlah keaibanku, dan amankanlah diriku daripada rasa takut. Ya Allah, peliharalah diriku dari hadapan dan belakangku, dari kanan dan kiriku, serta dari atasku, dan aku berlindung dengan keagunganMu daripada dibinasakan dari sebelah bawahku.

-Ya Allah, Tuhan yang mengetahui perkara ghaib dan nyata, pencipta langit dan bumi, Tuhan setiap sesuatu dan pemiliknya. Aku mengaku bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Aku berlindung denganMu daripada kejahatan diriku, dan daripada kejahatan syaitan serta sekutunya. Aku juga berlindung daripada melakukan kejahatan terhadap diriku sendiri, atau mendorong orang Islam yang lain untuk melakukannya.

-Dengan nama Allah yang tidak ada sesuatu pun sama ada di bumi mahupun di langit dapat memberi mudharat bersama namaNya. Dia jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Ada dinyatakan dalam hadis (mengenai fadilat zikir ini) bahawa sesiapa yang membacanya sebanyak 3 kali ketika dia berada di waktu pagi, dan sebanyak 3 kali ketika dia berada di waktu petang, nescaya tidak ada sesuatu pun dapat memudharatkannya.

-Aku telah redha dengan Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama, dan Muhammad Sallallahu 'Alaihi wa Sallam sebagai nabi. (Diulang sebanyak 3 kali)

Ada dinyatakan dalam hadis (mengenai fadilat zikir ini) bahawa sesiapa yang membacanya sebanyak 3 kali ketika dia berada di waktu pagi dan demikian juga di waktu petang, sesungguhnya Allah pasti akan membuatkannya berasa redha (dengan pahala yang besar) di hari kiamat.

-Wahai Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri (terus-menerus mentadbir sekalian makhlukNya), hanya dengan rahmatMu aku memohon pertolongan. Baikilah bagiku segala urusanku, dan janganlah Engkau serahkan urusanku kepada diriku sendiri, walaupun sekadar sekelip mata.

-Kami hayati pagi kami, dan di pagi ini kekuasaan adalah milik Allah Tuhan sekalian alam. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu kebaikan hari ini, pembukaannya, pertolongannya, cahayanya, keberkatannya, dan petunjuknya. Aku berlindung denganMu daripada kejahatan apa yang ada pada hari ini dan apa yang ada selepasnya.

-Kami hayati pagi ini (pada waktu petang dibaca dengan lafaz: "Amsainā…") di atas landasan fitrah Islam, di atas kalimah ikhlas, di atas agama nabi kami iaitu Muhammad Sallallahu 'Alaihi wa Sallam, dan di atas agama bapa kami iaitu Nabi Ibrahim yang sentiasa dalam keadaan mentauhidkan Allah serta berserah diri kepadaNya, dan Nabi Ibrahim juga bukanlah termasuk dalam golongan musyrikin.

-Maha Suci Allah dan aku memujiNya sebanyak makhluk ciptaanNya, seluas keredhaan diriNya, seberat timbangan ArasyNya dan sebanyak tinta kalimahNya.

-Maha Suci Allah dan segala pujian bagiNya

Ada dinyatakan dalam hadis (mengenai fadilat zikir ini) bahawa sesiapa yang membacanya sebanyak 100 kali, nescaya akan diampunkan dosa-dosanya, walaupun jumlah dosanya seumpama buih-buih di lautan.

-Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Maha Esa serta tiada sekutu bagiNya. Hanya bagiNya segala kekuasaan, hanya bagiNya segala pujian, dan Dia jualah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Ada dinyatakan dalam hadis (mengenai fadilat zikir ini) bahawa sesiapa yang membacanya sebanyak 100 kali, nescaya dia akan mendapat pahala seperti memerdekakan 10 orang hamba, dituliskan baginya 100 kebaikan, dan dihapuskan darinya 100 keburukan, dan kalimah-kalimah ini akan menjadi benteng perlindungan baginya daripada syaitan sepanjang hari sehingga malam. Tidak ada seseorang pun dapat beramal dengan satu amalan yang mengatasi fadilat amalan orang yang membaca zikir ini, kecuali sesiapa yang lebih banyak membacanya.