-Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada tersesat atau disesatkan, tergelincir atau digelincirkan (ke dalam dosa), berbuat aniaya atau dianiayai, bertindak bodoh atau diperbodohkan.
-Dengan nama Allah. Aku bertawakkal kepada Allah. Tiada daya serta upaya kecuali dengan izin Allah.
Ada dinyatakan dalam hadis bahawa doanya ini akan dibalas ketika itu dengan ucapan (daripada sebahagian malaikat): "Kamu telah diberikan hidayah, dilindungi, dan dipelihara." Maka syaitan-syaitan pun menjauhkan diri dari orang itu. Lalu syaitan yang satu lagi berkata kepada syaitan yang lain: "Bagaimana kamu mampu menyesatkan seorang yang sudah pun diberikan petunjuk hidayah, perlindungan dan penjagaan."