"Ya Allah, kurniakanlah selawat (pujian dan kesejahteraan) ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti yang Engkau kurniakan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah, berkatilah Nabi Muhammad dan keluarga Baginda sepertimana Engkau memberkati Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia"
*Antara Doa Selepas Tasyahhud dan Sebelum Memberi Salam: "Ya Allah, bantulah aku dalam mengingatiMu dan bersyukur kepadaMu serta melakukan ibadat yang terbaik kepadaMu.
*Antara Doa Selepas Tasyahhud dan Sebelum Memberi Salam: "Ya Allah, aku telah banyak menzalimi diriku dan tidak ada yang berhak untuk mengampunkan dosa kecuali Engkau. Ampunilah aku dengan keampunan daripadaMu dan kasihanilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
*Antara Doa Selepas Tasyahhud dan Sebelum Memberi Salam: "Ya Allah, ampunkanlah dosaku yang terdahulu dan yang terkemudian, yang aku sembunyikan dan aku zahirkan, yang aku terlanjur dan yang Engkau lebih mengetahui mengenainya dariku. Engkaulah yang mendahulukan dan Engkaulah yang melewatkan. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau"
*Antara Doa Selepas Tasyahhud dan Sebelum Memberi Salam: "Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahannam, aku berlindung denganMu daripada azab kubur, aku berlindung denganMu daripada fitnah (ujian) kehidupan dan kematian serta berlindung denganMu daripada fitnah Al-Masih Dajjal"
*Antara Doa Witir: "Ya Allah, hanya Engkaulah sahaja yang kami sembah dan kepadaMu kami solat dan kami sujud. Kepada Engkau kami beramal dan segera berbakti. Kami mengharapkan limpah rahmatMu dan kami gerun akan azab seksaanMu. Sesungguhnya azab seksaanMu hanyalah ditimpakan ke atas orang-orang kafir. Ya Allah, kami memohon pertolonganMu, kami memohon keampunanMu dan kami memujiMu dengan kebaikan, kami tidak akan kufur kepada-Mu, kami beriman kepadaMu, kami tunduk kepadaMu dan kami berlepas diri daripada mereka yang kufur kepadaMu."
*Antara Doa Witir: "Ya Allah, aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada hukumanMu dan aku berlindung denganMu daripada kemurkaanMu, aku tidak mampu untuk memujiMu dengan pujian yang selayaknya sepertimana Engkau memuji diriMu sendiri.”
*Doa Witir: "Ya Allah, berilah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah. Dan berilah kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan. Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pelihara. Dan berkatilah aku pada nikmat-nikmat yang telah Engkau kurniakan dan selamatkanlah aku daripada sebarang kejahatan dan bahaya yang telah Engkau tetapkan. Maka, sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan tiada yang menghukum ke atasMu. Sesungguhnya tidak akan hina orang yang Engkau telah kasihi dan tidak akan mulia orang yang telah Engkau musuhi. Maha Berkat Engkau, wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi."
*Doa Ketika Duduk di Antara Dua Sujud: "Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, tampungilah kekuranganku, kurniakanlah hidayah kepadaku dan kurniakanlah rezeki kepadaku.
*Doa Ketika Sujud Tilawah: "Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan yang membuka pendengaran serta penglihatannya dengan kekuasaan dan kekuatanNya. Ya Allah, tuliskan bagiku di sisi Engkau pahala dengannya (membaca Al-Quran dan sujud tilawah), hapuskanlah dengannya dosaku, jadikanlah ia sebagai simpanan bagiku disisiMu dan Engkau terimalah ia daripadaku seperti Engkau menerimanya daripada hambaMu, Daud”
*Doa Ketika Sujud: “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati dan pandangan, tetapkanlah hati kami di atas agamaMu.”
*Doa Semasa Seseorang Bangun daripada Rukuk: "Wahai Tuhan kami, bagi Engkau segala pujian. (Aku memujiMu dengan pujian) sepenuh langit dan bumi. Juga sepenuh yang Engkau kehendaki dari sesuatu selepas itu. Tuhan yang berhak dipuji dan Yang Maha Mulia. Inilah kata-kata yang selayaknya diucapkan oleh seorang hamba dan kami semua bagi Engkau adalah hamba. Ya Allah, tiada yang dapat menghalangi sesuatu yang telah Engkau berikan dan tiada yang mampu memberi sesuatu yang telah Engkau halangi serta tidak bermanfaat orang yang mempunyai kelebihan (harta, keturunan, kekuasaan) dengan kelebihannya itu daripada kekuasaan Engkau"
*Antara Doa Istiftah: "Maha Suci Engkau Ya Allah dengan kepujianMu, maha berkat namaMu, maha tinggi kemuliaanMu dan tiada Tuhan yang berhak disembah selainMu.
*Antara Contoh Doa Istiftah: "Aku menghadap wajahku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, dalam keadaan tunduk kepadaNya, dan aku bukan termasuk orang-orang yang mempersekutukanNya. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan semesta alam, tidak ada sekutu bagiNya. Dengan ini aku diperintahkan, dan aku adalah seorang Muslim. Ya Allah, Engkaulah Raja, tidak ada Tuhan selain Engkau. Engkau adalah Tuhanku, dan aku adalah hamba-Mu. Aku telah menzalimi diriku, dan aku mengakui dosaku. Maka ampunilah semua dosaku, sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa kecuali Engkau. Tunjukilah aku kepada akhlak yang terbaik, tiada yang dapat menunjukkannya selain Engkau. Dan jauhkanlah aku dari akhlak yang buruk, tiada yang dapat menjauhkan aku darinya selain Engkau. Aku menjawab panggilanMu dan mencari kebahagiaanMu, segala kebaikan ada di tanganMu, dan kejahatan tidak ada padaMu. Aku berada di bawah kekuasaanMu, dan hanya kepadaMu aku berpaling. Maha Suci Engkau dan Maha Tinggi, aku memohon ampunan dan bertaubat kepadaMu."
*Doa Istiftah: "Ya Allah, jauhkanlah daku dari segala dosa-dosaku sebagaimana Engkau jauhkan antara timur dan barat. Ya Allah, bersihkanlah daku dari dosa-dosaku sebagaimana pakaian putih dibersihkan dari segala kotoran. Ya Allah, sucikanlah daku dari segala dosa-dosaku dengan air, salji dan hujan batu."
*Ketika azan dikumandangkan, seseorang dianjurkan mengulang lafaz azan sebagaimana yang dilaungkan oleh bilal. Ketika dia mendengar lafaz 'Hayya 'Alas Solah' dan 'Hayya 'Alal Falah', dia berkata: 'Tiada daya dan kekuatan kecuali daripada Allah'. Kemudian dia hendaklah berselawat kepada Rasulullah Sallallahu 'Alaihi wa Sallam dan mengucapkan: 'Wahai Allah, Tuhan kepada panggilan sempurna ini dan solat yang akan didirikan, anugerahkanlah kepada Muhammad wasilah (kedudukan tertinggi di syurga kelak) dan keutamaan serta bangkitkanlah baginda (pada hari kiamat kelak) di tempat terpuji sebagaimana yang Engkau telah janjikan.' Dalam sebuah hadis disebutkan, barangsiapa yang membacanya, pasti akan beroleh syafaat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi wa Sallam pada hari kiamat kelak.
*Doa setelah berwuduk: "Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah hamba dan utusanNya. Ya Allah, jadikanlah aku dari kalangan orang yang bertaubat dan dari golongan mereka yang mensucikan diri." Dalam sebuah hadis disebutkan: Barangsiapa yang membacanya akan dibukakan baginya pintu-pintu syurga yang lapan, dia boleh masuk ke dalamnya melalui mana-mana pintu yang dia sukai.