Bacaan ketika dan selepas Azan

Bacaan ketika dan selepas Azan

Berdoalah untuk diri sendiri di antara azan dan iqamat, kerana doa pada waktu itu tidak ditolak

Ya Allah, Tuhan yang mensyariatkan seruan Azan yang sempurna dan Solat yang akan didirikan, kurniakanlah kepada Nabi Muhammad Al-Wasilah dan kelebihan, serta kurniakanlah kepadanya maqam yang terpuji yang telah Engkau janjikannya. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji.

Berselawat ke atas Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam selepas selesai menjawab lafaz azan muazzin

Dan aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, toada sekutu baginya. Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah hamba serta utusan-Nya. Aku redha Allah sebagai Tuhan, Nabi Muhammad sebagai rasul dan Islam sebagai agama.

Sesiapa yang mendengar laungan azan hendaklah dia mengulangi kalimah yang diucapkan oleh muazzin kecuali ketika laungan: "Hayya 'alas salah" dan "Hayya 'alal falah", selepas muazzin melaungkan dua ini, bacalah: "Laa haula wa laa quwwata illa billah" (Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah.