Ya Allah, Tuhan kami, bagi-Mu pujian sepenuh langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya. Juga sepenuh yang Engkau kehendaki dari sesuatu selepas itu. Tuhan yang berhak dipuji dan Yang Maha Mulia, Inilah kata-kata yang selayaknya diucapkan oleh seorang hamba dan kami semua bagi Engkau adalah hamba. Ya Allah, tiada yang dapat menghalangi sesuatu yang telah Engkau berikan dan tiada yang mampu memberi sesuatu yang telah Engkau halangi serta tidak bermanfaat orang yang mempunyai kelebihan (harat, keturunan, kekuasaan) dengan kelebihannya itu daripada kekuasaan Engkau.
Wahai Tuhan kami, bagi Engkau segala pujian, pujian yang banyak, elok dan mengandungi keberkatan padanya.
Allah telah mendengar orang-orang yang memuji-Nya.