Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung dengan (Allah) Tuhan (yang memelihara dan menguasai). sekalian manusia (1). Yang Memerintah sekalian manusia (2). Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia (3). Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi (4). Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam hati manusia (5). (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia (6).
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung dengan (Allah) Tuhan yang menguasai waktu subuh (1), daripada kejahatan sekalian makhluk (2), dan daripada kejahatan malam apabila ia gelap-gelita (3), dan daripada kejahatan tukang-tukang sihir yang menghembus pada simpulan-simpulan dan ikatan-ikatan (4), serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia bertindak (menurut) hasad dengkinya (5)
Ya Allah, kurniakanlah selawat dan salam ke ats junjungan kami Nabi Muhammad.
Aku memohon keampunan daripada Allah dan aku bertaubat kepada-Nya.
Ya Allah, aku memohon daripada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.
Maha Suci Allah dan aku memuji-Nya sebanyak makhluk ciptaan-Nya, keredhaan diri-Nya, seberat timbangan Arasy-Nya dan sebanyak tinta Kalimah-Nya.
Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya segala kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian dan Dia berkuasa di atas setiap sesuatu.
Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya segala kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian dan Dia berkuasa di atas setiap sesuatu.
Maha Suci Allah dan segala pujian bagi-Nya.
Kami hayati pagi ini di atas landasan fitrah Islam, di atas kalimah ikhlas ( kalimah : Laa ilaa ha illa Allah) dan di atas agama Nabi kami Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam yang juga agama bapa kami Nabi Ibrahim 'alaihissalam yang lurus lagi tunduk kepada Allah dan baginda bukanlah seorang yang musyrik.
Kami hayati pagi kami dan pagi yang penuh Kekuasaan bagi Allah Tuhan sekalian alam. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kebaikan hari ini serta pembukaan pertolongan cahaya (taufiq dan hidayah), keberkatan dan petunjuk yang ada padanya, dan aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan hari ini dan kejahatan yang datang selepasnya
Wahai Yang Tetap Hidup, Yang Kekal memerinta selama-lamanya, dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan. Perelokkanlah bagiku segala urusanku dan janganlah Engkau biarkan nasibku ditentukan oleh diriku sendiri walaupu sekadar sekelip mata.
Aku redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam sebagai Nabi.
Dengan Nama Allah yang tidak mendatangkan mudharat bersama nama-Nya oleh sesuatu di bumi dan tidak juga di langit, Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Ya Allah, Tuhan yang mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata, Pencipta langit dan bumi, Tuhan setiap sesuatu dan Pemiliknya, aku mengaku bahawa Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, aku berlindung dengan-MU daripada kejahatan diriku dan kejahatan syaitan dan segala tip dayanya dan aku berlindung daripada aku sendiri terdorong untuk melakukan kejahatan atau aku mendorong seorang Muslim (orang lain) untuk melakukannya.
Ya Allah, aku memohon kepada-Mu keampunan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu keampunan dan kesejahteraan pada agamaku, duniaku, keluargaku dan hartaku. Ya Allah, tutupkanlah keaibanku dan amankanlah diriku daripada rasa takut. Ya Allah peliharalah diriku dari hadapan dan belakangku, dari kanan dan kiriku serta dari atasku dan aku berlindung dengan keagungan-Mu daripada diceroboh (dianiayai) dari sebelah bawahku.
Cukuplah Allah bagiku, tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, kepada-Nya aku bertawakkal dan Dialah Tuhan yang menguasai Arasy yang agung.
Ya Allah, kurniakanlah kesihatan pada badanku, ya Allah, kurniakanlah kesihatan pada pendengaranku, ya Allah, kurniakanlah kesihatan pada penglihatanku, tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada kekufuran dan kefakiran, dan aku berlindung dengan-Mu daripada azab kubur, tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau.
Ya Allah, segala nikmat yang aku perolehi pada pagi ini, atau yang diperoleh oleh setiap sesuatu daripada makhluk-Mu, maka semuanya adalah kurniaan daripada-Mu Yang Esa, tidak ada sekutu bagi-Mu, maka hanya untuk-Mulah segala pujian dan hanya untuk-Mulah segala kesyukuran.
Ya Allah, sesungguhnya pada pagi ini aku mempersaksikan kepada-Mu dan aku mempersaksikan kepada Malaikat yang memikul arasy-Mu, malaikat-malaikat dan semua mahkluk-Mu, bahawa sesungguhnya Engkau adalaha Allah, tidak ada yang berhak disembah melainkan Engkau, Yang Esa tidak ada sekutu bagi-Mu, dan sesungguhnya Nabi Muhammad adalah hamba dan rasul-Mu.
Ya Allah, engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hamba-Mu dan aku teguh di atas perintah (untuk mentauhidkan Allah dan mentaatinya) dan perjanjian-Mu sekadar keupayaanku. Aku berlindung dengan-Mu daripada segala kejahatan yang telah aku lakukan, aku mengakui nikmat-Mu ke atasku dan aku mengaku akan dosaku. Ampunilah daku, sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan apa-apa dosa melainkan Engkau.
Ya Allah, dengan-Mu kami hayati waktu pagi kami, dengan-Mu kami hayati waktu petang kami, dengan-Mu kami hidup, dengan-Mu kami mati dan kepada-Mu kami akan kembali.
Kami hayati pagi kami dan pagi yang penuh Kekuasaan bagi Allah dan segala kepujian bagi Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa, Yang tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya segala kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian dan Dia berkuasa di atas setiap sesuatu. Ya Tuhanku. aku memohon kepada-Mu kebaikan yang terdapat pada hari ini dan kebaikan yang terdapat selepasnya dan aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang terdapat pada hari ini dan kejahatan yang berlaku selepasnya. Ya Tuhanku, aku berlindung dengan-Mu daripada sifat malas dan usia yang terlalu tua (yang datang dengan pelbagai keburukan). Ya Tuhanku, aku berlindung dengan-Mu daripada azab neraka dan azab kubur.
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;(1) "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; (2) "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;(3) "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".(4)
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (255).
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Esa dan selawat serta salam ke atas Nabi yang tidak ada lagi nabi selepasnya.