Ya Allah, hanya Engkaulah sahaja yang kami sembah dan kepada-Mu kami solat dan kami sujud. Kepada Engkau kami beramal dan segera berbakti. Kami mengharapkan limpah rahmat-Mu dan kami gerun akan azab seksaan-Mu. Sesungguhnya azab seksaan -Mu hanyalah ditimpakan ke atas orang-orang kafir. Ya Allah, kami memohon pertolongan-Mu, kami memohon keampunan-Mu dan kami memuji-Mu dengan kebaikan, kami tidak akan kufur kepada-Mu, kami beriman kepada-Mu, kami tunduk kepada-Mu dan kami berlepas diri daripada mereka yang kufur kepada-Mu.
Ya Allah, aku berlindung dengan keredhaan-Mu daripada kemurkaan-Mu dan aku berlindung dengan kemaafan-Mu daripada hukuman-Mu dan aku berlindung dengan-Mu daripada kemurkaan-Mu, aku tidak mampu untuk memuji-Mu dengan pujian yang selayaknya sepertimana Engkau memuji diri-Mu sendiri.
Ya Allah, berilah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah. Dan berilah kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan. Peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pelihara. Dan berkatilah aku pada nikmat-nikmat yang telah Engkau kurniakan dan selamatkanlah aku daripada sebarang kejahatan dan bahaya yang telah Engkau tetapkan. Maka, sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan tiada yang menghukum ke atas-Mu. Sesungguhnya tidak akan hina orang yang Engkau telah kasihi dan tidak akan mulia orang yang telah Engkau musuhi. Maha Berkat Engkau, wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi.