Doa ketika takutkan kezaliman pemerintah

Doa ketika takutkan kezaliman pemerintah

Allah Maha Besar, Allah Maha Perkasa daripada semua makhluknya. Allah Maha Perkasa daripada semua yang aku takuti dan berhati-hati terhadapnya, aku berlindung dengan Allah Yang tiada tuhan yang berhak disembah selain daripada-Nya, yang memegang tujuh lapis langit daripada terjatuh menimpa bumi kecuali dengan izin-Nya, daripada kejahatan … (sebutkan nama orang yang ingin dihindari kezalimannya) dan pengikut serta kuncu-kuncunya daripada kalangan jin dan manusia. Ya Allah, peliharalah aku daripada kejahatan mereka. Sangat tinggi pujian-Mu dan Sangat ampuh perlindungan-Mu, Maha Berkat nama-Mu, Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau.

Ya Allah, Tuhan tujuh lapis langit dan Tuhan Arasy yang agung, jadilah pelindungku daripada (sebutkan nama orang yang ingin dihindari kezalimannya) dan kuncu-kuncunya daripada makhluk-Mu yang mahu bertindak jahat dan ganas ke atasku. Sangat ampuh perlindungan-Mu dan sangat tinggi pujian-Mu, Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau.