Doa solat jenazah kanak-kanak.

Doa solat jenazah kanak-kanak.

Ya Allah, Hamba Engkau dan anak hamba perempuan Engkau (yang meninggal ini) sangat mengharapkan belas kasihan Engkau, dan Engkau Maha Kaya dari mengazabnya. Sekiranya dia melakukan kebajikan maka tambahkanlah ia pada kebajikannya dan sekiranya dia berdosa, bebaskanlah dia daripadanya.

Ya Allah, Sesungguhnya fulan bin fulan (sebutkan nama si mati) kini di dalam jagaan-Mu, dan bergantung pada tali perlindungan-Mu, maka peliharalah dia daripada fitnah kubur dan azab neraka. Engkaulah yang menunaikan janji dan kebenaran, maka ampunilah baginya dan kasihanilah dia. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Ya Allah, Ampunilah mereka yang masih hidup dalam kalangan kami dan mereka yang telah mati, yang ada hadir bersama kami (mensolatkan jenazah ini) dan yang tiada, yang kecil dalam kalangan kami dan yang tua serta yang lelaki dalam kalangan kami dan yang Engkau hidupkan di antara kami, maka hidupkanlah dia dalam Islam, dan orang-orang yang telah Engkau matikan di antara kami, matikanlah dia dalam iman. Ya Allah, janganlah Engkau halangi kami dari pahala si mati dan janganlah Engkau sesatkan kami selepasnya.

Ya Allah, ampunilah dia, kasihanilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kedudukannya, perluaskanlah kuburnya, sucikanlah dia dengan air, salji dan air hujan batu, bersihkanlah dia dari dosa-dosanya seperti Engkau bersihkan kain yang putih dari kekotoran, gantikanlah dia rumah yang lebih baik dari rumahnya, ahli keluarga yang lebih baik dari ahli keluarganya dan pasangan yang lebih baik dari pasangannya, masukkanlah dia ke syurga dan selamatkanlah dia daripada azab kubur dan azab neraka.