Doa selepas makan.

Doa selepas makan.

Sesiapa yang diberi rezeki makanan oleh Allah, hendaklah dia membaca: "Ya Allah, berikanlah keberkatan kepada kami dengan makanan ini, dan rezekikanlah kami makanan yang lebih baik daripadanya."Sesiapa yang diberi rezeki berupa minuman susu (laban) hendaklah dia membaca: “Ya Allah, berikanlah keberkatan kepada kami dengan minuman ini dan berilah tambahan kebaikan darinya”.

Apabila seseorang kamu hendak makan bacalah: "Bismillah" (Dengan nama Allah), jika diterlupa membaca bismillah sewaktu mula makan, hendaklah dia membaca : "Bismillah fi awwalihi wa aakhirihi" (Dengan nama Allah pada permulaannya dan akhirnya).