Mengucapkan salam.

Mengucapkan salam.

Sabda Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam: “Tidak ada orang yang mengucapkan salam kepadaku melainkan Allah mengembalikan kepadaku rohku hingga aku membalas salamnya."

Sabda Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam: “Allah mempunyai Malaikat-malaikat yang meronda-ronda di bumi untuk menyampaikan kepadaku salam dari umatku."

Sabda Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam : “Orang yang bakhil ialah orang yang apabila disebut namaku di sisinya, dia tidak berselawat ke atasku."

Sabda Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam: “Jangan kamu jadikan kuburku seperti tempat perayaan dan ucapkanlah selawat ke atasku kerana sesungguhnya selawat kamu akan sampai kepadaku tak kira di mana-mana sahaja kamu berada."

Sabda Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam: “Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah akan berselawat (memberikan rahmat-Nya) ke atasnya sepuluh kali."