Daripada Abdullah bin Umar : Seorang lelaki bertanya Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam: “Manakah Islam yang paling baik?”, maka sabda Baginda sallallahu 'alaihi wa sallam:“Hendaklah kamu memberi makan dan mengucapkan salam kepada mereka yang kamu kenal mahupun mereka yang kamu tidak kenal".
Terdapat tiga perkara yang apabila seseorang itu mampu melakukannya maka dia telah mengumpulkan kesempurnaan iman: menginsafi diri,mengucapkan salam kepada semua orang,menyumbangkan derma biarpun semasa dalam keadaan fakir.
Sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam: “Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan tidak sempurna iman kamu sehingga kamu berkasih sayang sesama muslim. Mahukah aku ajarkan kepada kamu satu perkara yang apabila kamu melakukannya kamu akan berkasih sayang? Sebarkanlah salam di antara kamu”.