Doa hari Arafah (9 Zulhijjah).

Doa hari Arafah (9 Zulhijjah).

Apabila berada di tepi bukit safa Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam membaca:“Sesungguhnya bukit Safa dan Marwah adalah sebahagian daripada syiar ibadah kepada Allah. Aku mulai sa’ie mengikut apa yang didahulukan oleh Allah”. Kemudian Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam naik ke atas bukit Safa sehingga nampak Kaabah dan menghadapkan mukanya ke arah kiblat. Baginda membaca kalimah tauhid dan bertakbir: "Allahu akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar (Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar), Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya pujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu. Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagi-Nya. Allah telah menepati janji-Nya dan membela hamba-Nya dan mengalahkan tentera musuh dengan sendiri-Nya". Kemudian Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam berdoa di antara Safa dan Marwah. Baginda membaca doa ini sebanyak tiga kali. Di dalam hadis tersebut juga dikatakan bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam membaca di atas bukit Marwah seperti bacaannya di Safa.