Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam menaiki unta yang bernama ‘al-Qaswa’ (dari Arafah) hingga sampai ke Al-Mash’aril Haram, lalu Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam menghadap ke arah kiblat lalu berdoa, bertakbir: "Allahu Akbar" (Allah Maha Besar), bertahlil : "Laa ilaa ha illa Allah" (Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah), serta membaca kalimah tauhid: "Laa ilaha illa Allahi wahdah" (Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa). Baginda (berdoa, bertakbir, bertahlil dan membaca kalimah tauhid bermula selepas solat subuh) berterusan hingga langit telah cerah, kemudian Baginda berangkat menuju ke Mina sebelum terbit matahari.