Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bertakbir setiap kali melontar di ketiga-tiga jamrah. Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam akan pergi Jamrah untuk melontar, kemudian baginda sallallahu 'alaihi wa sallam maju ke hadapan jamrah seraya berdoa dengan menghadap ke arah kiblat dan dengan mengangkat kedua tangannya. Baginda melakukannya yang sedemikian selepas Jamrah Ula (pertama) dan Wusta (tengah). Adapun selepas Jamrah Aqabah, Baginda bertakbir ketika melontar setiap biji anak batu kemudian terus pergi tanpa berhenti untuk berdoa. (tidak seperti selepas dua jamrah yang di sebelumnya).