“Apabila tiba waktu senja atau menjelang malam maka tahanlah anak-anak kamu (dari keluar rumah) kerana pada waktu itu syaitan-syaitan sedang berkeliaran. Apabila malam telah berlalu seketika, maka lepaskanlah mereka serta tutuplah pintu-pintu rumah kamu dengan menyebut nama Allah kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup. Tutuplah bekas air kamu dengan menyebut nama Allah dan tutuplah bekas makanan kamu dengan menyebut nama Allah. Kalau penutup tidak ada, letaklah sesuatu di atasnya dan padamkan lampu (apabila kamu tidur)”.