Tatacara Umrah
Ihram dari Miqat:
● Jemaah umrah hendaklah berihram dari miqat negerinya atau miqat yang dilalui, (para jemaah lelaki hendaklah memakai dua helai kain ihram berwarna putih, manakala wanita boleh memakai apa sahaja pakaian yang menutup aurat).
● Berniat umrah di dalam hati dan mengucapkan:
لَبَّيْكَ اللهُمَّ عُمْرَةً
“Ya Allah, aku menyahut seruan-Mu, untuk menunaikan umrah”
● Jika seseorang bimbang tidak dapat menyempurnakan ibadahnya kerana sakit atau halangan lain, maka disyariatkan baginya untuk niat bersyarat ketika berihram, dengan berkata:
فَإِنْ حَبَسَنِي حَابِسٌ فَمُحِلِّي حَيْثُ حَبَسْتَنِي
“Jika aku terhalang oleh sesuatu, maka tempat tahallulku adalah tempat di mana aku dihalang”
● Disunatkan untuk melaungkan talbiah dengan lafaz:
لَبَّيْكَ اللهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لَا شَرِيكَ لَكَ لَبَّيْكَ إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْملْكَ لاَ شَرِيكَ لَكَ
“Aku menyahut seruan-Mu ya Allah, aku menyahut seruan-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu, sesungguhnya segala pujian dan nikmat serta kerajaan adalah milik-Mu, tiada sekutu bagi-Mu”
Sampai ke Masjidil Haram dan Memulakan Tawaf:
● Para jemaah hendaklah masuk ke dalam Masjidil Haram dan berhenti daripada melaungkan talbiah apabila dia memulakan tawaf. Dia hendaklah berada dalam keadaan berwuduk
● Mereka hendaklah mengerjakan tujuh pusingan tawaf mengelilingi Kaabah, bermula dari Hajarul Aswad dan berakhir padanya, dengan menjadikan Kaabah di sebelah kiri.
● Disunatkan bagi lelaki sahaja untuk berlari-lari anak pada tiga pusingan pertama.
● Disunatkan bagi lelaki untuk idhtiba’ (membuka bahu kanan dan menutup bahu kiri) ketika melakukan Tawaf Qudum pada setiap pusingan.
● Selesai tawaf, mereka disunatkan untuk mengerjakan solat sunat tawaf dua rakaat di belakang Maqam Ibrahim (jika mampu); dengan membaca Surah al-Fatihah dan Surah al-Kafirun pada rakaat pertama, serta Surah al-Fatihah dan Surah al-Ikhlas pada rakaat kedua.
Sa’i antara Safa dan Marwah:
● Para jemaah hendaklah memulakan sa’i dari Bukit Safa sambil membaca:
إِنّ الصَّفَا والْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللّهِ
“Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian daripada syiar Allah”. Mereka disunatkan untuk berada dalam keadaan berwuduk.
● ثم يستحب له أن يستقبل القبلة ويحمد الله ويكبره ويقول: "لا إله إلا الله والله أكبر، لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير، لا إله إلا الله وحده أنجز وعده ونصر عبده وهزم الأحزاب وحده" ثم يدعو بما تيسر رافعاً يديه. ويكرر هذا الذكر والدعاء ثلاث مرات.
● Kemudian mereka disunatkan untuk menghadap kiblat, memuji Allah, membesarkan-Nya dan membaca:
لَا إِلٰهَ إِلّا اللهُ وَاللهُ أَكْبَر لاَإِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ,لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ اَلْحَمْدُ وَهُوَ عَلَىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.لاَإِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ أَنْجَزَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ.
“Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan hanya Allah semata-mata. Tidak ada sekutu bagi-Nya. Miliknya lah segala kerajaan dan segala pujian untuk-Nya. Dia yang menghidupkan dan yang mematikannya. Dia yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan hanya Allah semata-mata. Dialah yang telah menunaikan janji-Nya, menolong hamba-Nya dan mengalahkan tentera sekutu dengan sendiri-Nya.”
Seterusnya berdoa dengan apa yang mudah baginya sambil mengangkat tangan, serta mengulangi zikir ini dan berdoa sebanyak tiga kali.
● Para jemaah hendaklah mengerjakan Sa’i sebanyak tujuh pusingan. Perjalanan dari Safa ke Marwah dikira satu pusingan, dan kembali dari Marwah ke Safa dikira satu pusingan lagi. Ia bermula di Safa dan berakhir di Marwah.
● Kaum lelaki disunatkan untuk berlari-lari anak antara dua lampu hijau (di kawasan sa’i) pada setiap pusingan.
Bercukur atau Memendekkan Rambut:
● Setelah selesai sa’i, para jemaah perlu menyempurnakan ibadah umrah dengan bertahallul, iaitu dengan mencukur rambut (ini lebih utama) atau memendekkannya sahaja.
● Bagi wanita, cukup bagi mereka dengan mengumpulkan rambut mereka dan memotongnya dengan ukuran satu ruas sahaja.
Tahallul daripada Ihram:
● Setelah bercukur atau memendekkan rambut, maka telah sempurnalah ibadah umrah, dan para jemaah dibenarkan untuk melakukan semua pantang larang ihram.
Larangan Semasa Ihram:
● Mencabut bulu dari mana-mana bahagian tubuh badan.
● Memotong kuku.
● Menggunakan wangian selepas berniat ihram (sama ada pada badan atau pakaian).
● Membunuh binatang buruan darat atau membantu dalam memburunya.
● Menikah atau menikahkan orang lain.
● Menyentuh isteri dengan syahwat (seperti mencium, menyentuh dan lain-lain).
● Bersetubuh (ia merupakan larangan yang paling berat; ia akan membatalkan ibadah haji seseorang jika ia dilakukan sebelum tahallul awal).
● Memakai pakaian berjahit yang mengikut ukuran tubuh bagi lelaki sahaja (seperti baju, seluar atau jaket).
● Menutup kepala sepenuhnya bagi lelaki sahaja (seperti memakai kopiah atau serban).
● Menutup muka bagi wanita sahaja (dengan niqab atau purdah).
Larangan Semasa Ihram:
● Mencabut atau mencukur rambut/bulu dari mana-mana bahagian tubuh.
● Memotong kuku.
● Menggunakan wangi-wangian (minyak wangi atau seumpamanya) selepas berniat ihram, sama ada pada tubuh atau pakaian.
● Membunuh atau membantu bersama memburu binatang buruan darat.
● Melakukan akad nikah (sama ada untuk diri sendiri atau orang lain).
● Menyentuh isteri dengan syahwat, (bercium atau menyentuh atau selain dari itu)
● Melakukan hubungan suami isteri (perkara ini paling berat dan membatalkan ibadah jika dilakukan sebelum tahallul pertama).
● Memakai pakaian yang berjahit (bagi lelaki seperti baju, seluar, atau jaket.
● Menutup kepala secara penuh (seperti memakai kopiah atau serban menutupi seluruh kepala).
● Menutup wajah dengan niqab atau purdah.