Daripada Abu Qatadah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah ﷺ bersabda:
“Aku berharap daripada Allah agar Puasa Hari Arafah dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun selepasnya.” (Riwayat Muslim)
Imam An-Nawawi berkata: “Maksudnya, ia menghapuskan dosa orang yang berpuasa selama dua tahun. Para ulama menyatakan bahawa yang dimaksudkan ialah dosa-dosa kecil… Jika dia tidak mempunyai dosa kecil, diharapkan dapat meringankan dosa besar. Dan jika tiada juga, maka amalan itu diharapkan dapat mengangkat darjatnya.”
Puasa Arafah bagi Mereka yang Mempunyai Qada’ Ramadhan
Diharuskan berpuasa pada Hari Arafah bagi sesiapa yang masih mempunyai qada’ Ramadhan, kerana waktu untuk mengqada’kan puasa adalah tidak terbatas. Bahkan, sekiranya seorang muslim memanfaatkan sepuluh hari (Awal Zulhijjah) untuk mengqada’kan puasanya, maka itu lebih besar ganjarannya.
Al-Baihaqi meriwayatkan dalam Sunannya bahawa Umar radhiyallahu ‘anhu berkata: “Tiada hari yang lebih aku sukai untuk aku mengqada’kan puasa Ramadhan selain hari-hari sepuluh (Awal Zulhijjah).”
Ibn Uthaimin berkata: “Sesiapa yang mempunyai qada’ Ramadhan, dia boleh menangguhkannya… namun alangkah baiknya jika dia berniat qada’ ketika dia melaksanakan Puasa Hari Arafah. Jika dia berniat qada’, kami berharap dituliskan baginya dua pahala: pahala qada’ dan pahala mengerjakan amalan sunat.”