Ibadah korban ialah perbuatan menyembelih binatang ternakan pada Hari Raya Aidiladha dan hari-hari Tashriq, sebagai suatu bentuk pendekatan diri kepada Allah Ta‘ala.
Kaum Muslimin telah bersepakat akan pensyariatan ibadah korban, dan jumhur ulama berpendapat bahawa ia adalah sunnah yang sangat dituntut; berdasarkan sabda Nabi ﷺ:
“Apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah, dan salah seorang daripada kamu ingin melakukan korban, maka hendaklah dia menahan diri daripada memotong rambut dan kukunya.” (Riwayat Muslim dan selainnya).
Nabi ﷺ menyerahkan ibadah korban kepada kehendak (iradah) seseorang, dan kehendak tidak menunjukkan kewajipan. Telah sahih sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh al-Baihaqi bahawa Abu Bakar dan Umar radhiyallahu 'anhuma tidak melakukan korban kerana bimbang disangka bahawa ibadah korban itu wajib. Daripada Ibn Mas‘ud radhiyallahu 'anhu, beliau berkata: “Sesungguhnya aku meninggalkan korban, sedangkan aku antara orang yang paling berkemampuan, kerana tidak ingin manusia menganggapnya sebagai suatu kewajipan.” (Riwayat Sa‘id bin Mansur). Ibn Hazm berkata: “Tidak sahih daripada seorang pun daripada sahabat mengatakan bahawa ia (ibadah korban) adalah wajib.”
________________________________________
Terdapat empat syarat bagi ibadah korban yang mesti dipenuhi:
1- Binatang korban hendaklah daripada jenis binatang ternakan, iaitu unta, lembu dan kambing sahaja.
2- Binatang korban tersebut hendaklah mencapai umur yang telah ditetapkan syarak, iaitu unta berumur lima tahun, lembu dua tahun, kambing setahun, dan biri-biri enam bulan. Jika umur binatang korban tersebut kurang daripada umur yang telah ditetapkan, maka ia tidak dibenarkan menurut kesepakatan ulama.
3- Binatang korban hendaklah selamat daripada kecacatan yang menghalang sahnya korban.
4- Ibadah korban hendaklah dilakukan pada tempoh waktu penyembelihan yang ditetapkan.

Memadai seekor kambing bagi seorang, dan seekor unta atau lembu bagi tujuh orang
Daripada Aisyah radhiyallahu 'anha bahawa Nabi ﷺ didatangkan dengan seekor kibas untuk dikorbankan, lalu baginda mengambilnya, membaringkannya, kemudian menyembelihnya, lalu baginda bersabda: “Dengan nama Allah, Ya Allah, terimalah daripada Muhammad, keluarga Muhammad, dan daripada umat Muhammad.” (Riwayat Muslim).
Dan daripada Jabir radhiyallahu 'anhud berkata: “Kami menyembelih bersama Rasulullah ﷺ pada tahun Hudaibiyah seekor unta bagi tujuh orang dan seekor lembu bagi tujuh orang.” (Riwayat Muslim).

Disyaratkan pada haiwan korban: hendaklah selamat daripada kecacatan
Daripada Al-Bara’ bin ‘Azib radhiyallahu 'anhud, Rasulullah ﷺ bersabda: “Empat keadaan (binatang ternakan) yang tidak sah dalam ibadah korban: (binatang) yang buta sebelah matanya yang jelas kebutaannya, yang sakit yang jelas sakitnya, yang tempang yang jelas tempangnya, dan yang kurus kering yang tidak mempunyai sumsum.” (Riwayat Imam Ahmad dan Pengarang Kitab-kitab Sunan).
• Yang tempang yang jelas tempangnya: ialah yang tidak mampu berjalan bersama kambing yang sihat kerana ketempangannya.
• Yang buta sebelah yang jelas kebutaannya: ialah yang matanya tenggelam atau terkeluar sehingga menjadi buta sebelah, apatah lagi yang buta kedua-dua matanya.
• Yang sakit yang jelas sakitnya: ialah yang kelihatan tanda-tanda penyakit seperti lesu, cepat penat, kurang selera makan, demam yang menghalangnya daripada meragut rumput, penyakit kulit yang merosakkan dagingnya, dan selainnya daripada apa yang dianggap oleh manusia sebagai penyakit yang nyata.
• Yang patah atau yang terlalu kurus yang tidak bersumsum: ialah yang sangat kurus sehingga tiada sumsum padanya. Apabila terlalu kurus, maka sumsum akan hilang, maka ia tidak memadai menurut kesepakatan para ulama.

Apakah yang perlu dibaca ketika menyembelih?
Disyariatkan bagi seseorang yang hendak menyembelih binatang untuk membaca: “Bismillahi, wallahu akbar.” Menyebut nama Allah adalah wajib ketika menyembelih, manakala takbir adalah sunnah. Menyebut nama Allah dan takbir adalah sunnah baginda Nabi ﷺ , berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan dari Anas radhiyallahu 'anhdu di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim: “Nabi ﷺ berkorban dengan dua ekor kibas yang berwarna putih bercampur hitam dan bertanduk, baginda menyembelih kedua-duanya dengan tangannya, baginda menyebut nama Allah dan bertakbir, serta meletakkan kakinya pada bahagian sisinya.”

Waktu Penyembelihan Korban
• Waktu penyembelihan korban bermula selepas solat hari raya pada Hari Nahr berdasarkan hadis dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim daripada al-Bara’ bin ‘Azib radhiyallahu 'anhu bahawa Nabi ﷺ bersabda: “Sesungguhnya perkara pertama yang kita mulakan pada hari ini adalah kita menunaikan solat, kemudian kita kembali lalu menyembelih. Sesiapa yang melakukannya, maka dia telah menepati sunnah kami. Dan sesiapa yang menyembelih sebelumnya, maka itu hanyalah daging yang dia dahulukan untuk keluarganya, tidak termasuk dalam ibadah korban sedikit pun.” Di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim juga, daripada Jundub bin Sufyan, Nabi ﷺ bersabda: “Sesiapa yang menyembelih sebelum solat, maka hendaklah dia menggantikannya dengan yang lain. Dan sesiapa yang belum menyembelih sehingga kami selesai solat, maka hendaklah dia menyembelih dengan menyebut nama Allah.”
• Waktu penyembelihan korban berakhir dengan terbenamnya matahari pada hari ketiga hari Tasyriq (13 Zulhijjah). Oleh itu, jumlah hari bagi penyembelihan binatang korban adalah empat hari.